KUALA LUMPUR: Kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia Wanita B-17 2027 bukan noktah buat Malayan Tigress apabila ketua jurulatihnya, Takayoshi Ishihara, percaya skuad muda negara masih berpeluang merealisasikan impian itu pada masa depan.

Walaupun terpaksa menerima kekalahan 0-4 kepada India dalam aksi terakhir Kumpulan E, Ishihara menegaskan beliau tidak menganggap peluang Malaysia untuk layak ke kejohanan berkenaan sebagai sesuatu yang mustahil.

"Sejujurnya, kali ini kami memang mahu layak dan pemain percaya kami mampu melakukannya. Namun, saya tidak fikir mustahil untuk layak pada masa akan datang.

"Saya percaya kita boleh melakukannya," katanya selepas perlawanan.