Shah Alam: Penuntut universiti swasta warga China yang hilang fungsi kekal pada tangan kirinya selepas didakwa ditikam bekas teman lelaki, memohon perbicaraan kes dipercepatkan.
Mangsa yang juga saksi pendakwaan akan memberikan keterangan terhadap bekas teman lelakinya, menyatakan alasan sukar berulang-alik dari China bagi hadir prosiding mahkamah.
Saksi pertama pendakwaan, iaitu seorang pelajar yang merakam kejadian tikaman berkenaan tahun lalu, kini sedang memberikan keterangan dalam perbicaraan terbabit.
Wu Jialin, 21, dijangka dipanggil memberi keterangan di kandang saksi pada 28 Oktober ini terhadap You Wei, 22.








