MELAKA: Empat warga Myanmar termasuk ibu seorang kanak-kanak lelaki Rohingya berusia setahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka, ditahan bagi membantu siasatan kes disyaki pengabaian menyebabkan kematian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak itu kelmarin, oleh doktor yang merawatnya.

"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan fizikal dan bukannya sawan seperti didakwa ibunya," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dzulkhairi berkata, menerusi hasil siasatan, polis menahan dua suspek termasuk ibu mangsa di tepi Jalan Melati, Banda Hilir, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam bagi membantu siasatan.