KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, kelmarin menyaksikan inisiatif kerajaan bagi memperkukuh infrastruktur digital menerusi pelaksanaan pelbagai program di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Antara inisiatif utama ialah pelaburan RM5 bilion menerusi projek Jalinan Digital Negara Kedua (JENDELA) bagi memperkukuh ketersambungan internet di seluruh negara, termasuk memperluas liputan 4G ke semua kampung Orang Asli tahun depan serta menyediakan capaian internet di sepanjang 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer laluan rel kereta api.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu turut merangkumi pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).









