Kuala Lumpur: Inisiatif kerajaan memperkukuh infrastruktur digital menerusi pelaksanaan pelbagai program di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) satu komitmen yang dinantikan rakyat secara keseluruhan.
Belanjawan 2027 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, kelmarin menyaksikan inisiatif kerajaan menerusi pelaburan RM5 bilion memperkukuh ketersambungan internet di seluruh negara menerusi projek Jalinan Digital Negara Kedua (JENDELA), termasuk memperluas liputan 4G ke semua kampung Orang Asli tahun depan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata usaha itu merangkumi penyediaan capaian internet di sepanjang 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer laluan rel kereta api, selain pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).










