KUALA LUMPUR: Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan menerusi Belanjawan 2027 dapat menstabilkan kedudukan kewangan graduan pada peringkat awal kerjaya.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim, berkata skema bayaran berasaskan pendapatan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kemampuan kewangan golongan muda yang baharu bekerja.
"Langkah ini melunaskan apa yang kita cuba bawakan selama ini, iaitu penangguhan semula bayaran melihat kepada kadar kemampuan dan pendapatan graduan. Ini akan membantu memastikan kita boleh memperkukuhkan ekonomi awal bagi setiap graduan," katanya.









