SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut pentadbir akaun Facebook Wan Ahmaf Fahysal, sebarang perkembangan berkenaan keadaan beliau akan dimaklumkan."Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya pada Rabu.Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal dikejarkan ke HKL bagi menerima rawatan kecemasan.Pejabat Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau kini dimasukkan ke wad hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.Menurut kenyataan itu, doktor turut menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal supaya berehat sehingga pulih sepenuhnya.Terdahulu dilaporkan Wan Ahmad Fayhsal berkata, kejadian berlaku ketika beliau membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya sebelum pengsan sehingga 6 petang tadi."Pada awal pagi tadi, ketika saya siapkan latihan kerja sekolah anak, tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang."Saya kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan mengejut (kecemasan). Insya-ALLAH saya akan melalui ujian CT Scan (imbasan Tomografi Berkomputer)" katanya.
Pengsan ketika bantu anak siapkan kerja sekolah, Wan Ahmad Fayhsal kini stabil

Key takeaways
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal, kini stabil di hospital setelah pengsan semasa membantu anaknya siapkan kerja sekolah.
- Wan Ahmad Fayhsal dikejarkan ke HKL untuk rawatan kecemasan dan kini stabil.
- Beliau pengsan semasa membantu anaknya siapkan tugasan sekolah sebelum jam 6 petang.
- Doktor menasihati beliau untuk berehat hingga pulih sepenuhnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pengsan ketika bantu anak siapkan kerja sekolah, Wan Ahmad Fayhsal kini stabil (this story)








