TAWAU - Polis menahan 14 pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan pelajar menggunakan senjata di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara di sini pada Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek berusia 12 hingga 14 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam."Polis menerima laporan berkaitan pergaduhan itu pada 6 petang Isnin lepas dan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar sebelum berlaku pergaduhan yang melibatkan beberapa pelajar lain."Rakaman video yang tular membantu polis mengenal pasti individu serta peranan masing-masing dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Rosdi berkata, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan sebuah basikal berwarna hitam dipercayai berkaitan dengan siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Rosdi berkata, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan penglibatan dan peranan setiap individu yang ditahan selain mendapatkan rakaman video asal serta merakam percakapan mereka yang terlibat termasuk saksi."Selain itu, polis juga menunggu laporan perubatan mangsa serta bekerjasama dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dalam kes ini," katanya.Rosdi berkata, saksi atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Robiatul Adawiyah Japri menerusi talian 016-918 9402 atau hadir ke balai polis berhampiran.Dalam pada itu, Rosdi mengingatkan bahawa sebarang tindakan merusuh, menyerang individu lain atau menggunakan apa-apa objek sebagai senjata adalah satu kesalahan serius."Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memantau pergaulan dan tingkah laku anak manakala pelajar diingatkan agar tidak terlibat dalam pergaduhan, melakukan provokasi atau menyertai kumpulan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah," katanya.- Bernama
Bergaduh guna senjata: Polis tahan 14 pelajar lelaki

Key takeaways
Polis menahan 14 pelajar lelaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata di Tawau.
- 14 pelajar lelaki ditahan untuk siasatan kes pergaduhan.
- Pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar.
- Polis merampas telefon bimbit dan basikal berwarna hitam dalam siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh pelajar: Polis tahan reman seorang remaja lelaki 6 hari
- Free Malaysia Today 13 pelajar ‘bergasak’ guna senjata ditahan
- Sinar Harian Bergaduh guna senjata: Polis tahan 14 pelajar lelaki (this story)








