PETALING JAYA: Seramai 14 individu termasuk 13 pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, Tawau, kelmarin.
Bagaimanapun, 13 pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disahkan bukan pelajar sekolah.
Ketua Polis Tawau, Rosdi Mat Jusoh, berkata semua individu berusia antara 12 hingga 14 tahun ditahan semalam.
Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 petang kelmarin.





