ACCRA: Pihak berkuasa Ghana menahan tujuh wanita kerana didakwa menggunakan wang kertas untuk menghasilkan gubahan bunga daripada wang dan menghias kek.

Bank Ghana menegaskan, perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana dianggap sebagai penyalahgunaan dan pengendalian mata wang cedi secara tidak wajar.

Tangkapan itu dilakukan dengan kerjasama polis selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan, sebelum menyerbu suspek yang didakwa menjual gubahan wang tersebut di beberapa kawasan di ibu negara.

Kes itu merupakan tindakan penguatkuasaan terbesar setakat ini terhadap penyalahgunaan mata wang negara berkenaan.

Julai lalu, Bank Ghana mengeluarkan notis memberi amaran perbuatan menyalahgunakan mata wang boleh menjadi satu kesalahan.