WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau akan menggunakan wang sendiri untuk membiayai iklan politik menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November.
Keputusan itu dibuat selepas Trump dikritik kerana menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai iklan televisyen yang mempromosikan dirinya.
"Ini perkara yang agak biasa dilakukan tetapi daripada berbuat demikian, walaupun tiada apa yang akan membuat mereka berpuas hati, saya memutuskan untuk meneruskan Iklan Patriotik itu, antara lain dan membayarnya sendiri menggunakan wang yang saya kumpulkan untuk MAGA," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.
Rumah Putih dan Trump sebelum ini mempertahankan iklan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai pengumuman khidmat awam yang bersifat patriotik, sama seperti yang pernah dibuat presiden terdahulu.








