PETALING JAYA: Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 2 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor mencatat bacaan tertinggi menerusi Segamat iaitu 189 diikuti Kluang (181), Pasir Gudang (174), Larkin (173), Tangkak (172), Batu Pahat (163), Pengerang (161) dan Kota Tinggi (160).
Di Kedah, Sungai Petani merekodkan bacaan IPU 152.
Sementara itu, Melaka merekodkan bacaan 173 di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai diikuti Alor Gajah (169).
Bagi Negeri Sembilan, Seremban mencatat bacaan 186 diikuti Nilai (184) dan Port Dickson (170).









