KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 petang.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (Apims) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155 diikuti Larkin (152), di Johor.
Dua kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah IPD Serian (128) dan Sri Aman (112).
Sementara itu, 60 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga berada pada tahap baik iaitu Taiping di Perak (49), Langkawi di Kedah (41), dan Kangar di Perlis (32).






