PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menggerakkan pasukan ‘Counselor on Wheels’ bagi memberikan sokongan psikologi kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) susulan kematian seorang penuntutnya, dipercayai dibunuh baru-baru ini.
Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya turut menggerakkan kaunselor berdaftar dan pakar berkaitan bagi tujuan sama.
Beliau berkata, sokongan kaunseling dan psikologi itu penting kerana kejadian berkenaan boleh memberi kesan trauma kepada pelajar lain.
“Kita juga meminta rakan-rakan kita di universiti semua bahagian-bahagian kaunseling dan sebagainya, pakar-pakar itu untuk turut bersama (beri bantuan psikologi).










