ALOR GAJAH - Pelajar yang didakwa menjadi mangsa perlakuan tidak wajar membabitkan seorang penceramah bebas yang menyertai program kendaliannya diminta tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan murid di sekolah dan sudah mengarahkan semua program yang membabitkan penceramah berkenaan dihentikan serta-merta."Kita pandang serius dan kita minta untuk anak-anak ataupun mangsa yang terlibat untuk tampil ke pihak berkuasa dan membuat laporan."Ini sangat penting. Kalau kita tidak ada laporan daripada pihak berkuasa dan juga dari segi tindakan-tindakan itu, akan menyukarkan kita dan kita tidak mahu perkara ini terus berlangsung dalam suasana sekolah," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap JKR Melaka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, di sini pada Jumaat.Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.Khamis lalu, Fadhlina mengarahkan program penceramah tular itu dihentikan serta-merta susulan tular dakwaan bahawa individu itu terlibat perlakuan tidak wajar terhadap pelajar.Keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada siasatan penuh berhubung dakwaan yang sedang tular.Fadhlina berkata, pihak sekolah dan pentadbir juga diminta mengambil perhatian isu itu bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin."Kita mahu sekolah kita betul-betul selamat dalam aspek itu dan kita minta semua pihak sekolah, pentadbir untuk mengambil perkara ini secara serius," katanya.
Pelajar jadi mangsa penceramah bebas diminta tampil bantu siasatan
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pelajar jadi mangsa penceramah bebas diminta tampil bantu siasatan (this story)

