am@hmetro.com.my

Kangar: Taktik licik seorang penceramah bebas yang juga pakar motivasi mengambil kesempatan melakukan gangguan seksual dan memikat wanita muda di media sosial, akhirnya terbongkar.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, 19, berkata, perkenalannya dengan lelaki itu bermula apabila penceramah terbabit menonton siaran langsung TikTok miliknya sebelum mereka saling berbalas mesej di WhatsApp.

Katanya, modus operandi lelaki berstatus suami orang itu adalah dengan mendekati mangsa melalui media sosial atas alasan urusan kerja atau pelajaran, sebelum mula bertindak berani mengajak mangsa menjadi 'sugar baby' dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Saya sangkakan perbincangan kami terarah kepada nasihat untuk menyambung pelajaran memandangkan dia adalah seorang penceramah motivasi, namun tidak sangka dia tiba-tiba membuka topik mengenai 'sugar baby'.