SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) meraih tiga pengiktirafan menerusi Anugerah Arkib Perdana Ketua Setiausaha Negara bagi Audit Pengurusan Rekod Sektor Awam Tahun 2026.RISDA dalam kenyataannya berkata, pencapaian itu selari dengan usaha agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu dalam memperkukuh pengurusan rekod organisasi."Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan kesungguhan RISDA dalam mempertingkan tadbir urus melalui pematuhan tatacara pengurusan rekod, penyelarasan proses kerja serta pelaksanaan pengurusan rekod sektor awam yang efisien."Seiring agenda transformasi pendigitalan sektor awam, RISDA memperkasakan penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS 2.0), disamping memperkasa pematuhan dan kompetensi warga kerja bagi memastikan pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan," katanya pada Khamis.Majlis bersempena Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam 2026 di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam, Ibu Pejabat RISDA dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan, manakala RISDA Terengganu meraih Tempat Ketiga dalam kategori yang sama.Kejayaan tersebut turut diperkukuh dengan penerimaan Anugerah Khas oleh RISDA.Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada Ketua Pengarah RISDA, Datuk Zainal Azni Zulkifli.Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, Wan Mohd Hafiz Wan Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentadbiran RISDA, Mahathir Abdul Rahim dan Pengarah RISDA Terengganu, Zulkiflee Salleh.Menurut kenyataan itu, kejayaan berkenaan selari dengan aspirasi pembudayaan High Performance Culture (HPC) yang diterapkan dalam kalangan warga RISDA dengan penekanan terhadap prestasi, integriti, akauntabiliti dan inovasi terus menjadi keutamaan.Katanya, pembudayaan itu juga menggalakkan warga kerjanya untuk lebih proaktif, berdisiplin dan berorientasikan keberhasilan, sekali gus meningkatkan keupayaan dalam mendepani perubahan serta memenuhi tuntutan penyampaian perkhidmatan awam yang semakin dinamik."Dengan tema konvensyen, Transformasi Pendigitalan Rekod Awam Sebagai Sumber Strategik Negara, RISDA dilihat komited terus menambah baik pengurusan rekodnya melalui pematuhan kepada ketetapan, peningkatan kompetensi dan penambahbaikan proses kerja berterusan."Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan rekod, malah menjadi pemangkin kepada RISDA untuk terus memperkasa budaya prestasi tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat, khususnya komuniti desa dan pekebun kecil negara," katanya.
RISDA lakar kejayaan, rangkul tiga anugerah

Key takeaways
RISDA meraih tiga anugerah dalam Anugerah Arkib Perdana 2026 atas pengurusan rekod yang cekap.
- RISDA memperoleh tiga pengiktirafan dalam anugerah arkib 2026.
- Pengurusan rekod dan transformasi digital menjadi fokus utama.
- RISDA dinobatkan sebagai Johan dalam kategori badan berkanun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








