KINABATANGAN - Seorang anggota polis maut dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan selepas menjalankan tugas di Kampung Lot M di sini, pada Khamis.Konstabel Mathew Zulian Ak Backly, 29, yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukannya itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan pada jam 4.53 petang.Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Janeve Sindih berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua lagi rakan sekerja dalam perjalanan pulang ke IPD Kinabatangan dari Penjara Sibuga, Sandakan selepas menjalankan tugas eskot tahanan."Sebaik tiba di lokasi, kenderaan pasukan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan."Mendiang dan dua anggota dibawa oleh ambulans untuk dihantar ke wad kecemasan, Hospital Kinabatangan dan pada jam 4.53 petang, pegawai perubatan telah mengesahkan mendiang telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Janeve memaklumkan, jasad mendiang akan dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Kuching, Sarawak, untuk tujuan pengebumian.