SUBANG JAYA: Siasatan awal mendapati pemandu e-hailing yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan pelajar wanita warga Maldives maut berhampiran Plaza Tol PJS, di sini, malam kelmarin, positif methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian jam 8.48 malam, kemalangan membabitkan kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 37 tahun dengan Proton S70 di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), berhampiran Plaza Tol PJS menghala ke Puchong,

Beliau berkata, siasatan mendapati kereta Proton S70 yang dipandu lelaki tempatan berumur 34 tahun sedang bergerak ke lorong RFID sebelum bahagian belakang kanan kenderaannya dilanggar sebuah Perodua Ativa dari arah kanan.