austin@nst.com.my

Subang Jaya: Pemandu e-hailing disyaki memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine sehingga mengakibatkan pelajar wanita warga Maldives maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol PJS, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.48 malam, kemalangan membabitkan kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 37 tahun dengan Proton S70 di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), berhampiran Plaza Tol PJS menghala ke Puchong,

Beliau berkata, siasatan mendapati kereta Proton S70 yang dipandu lelaki tempatan berumur 34 tahun sedang bergerak ke lorong RFID sebelum bahagian belakang kanan kenderaannya dilanggar Perodua Ativa berkenaan dari arah kanan.