KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah pasaran serantau meskipun kenaikan di Wall Street, apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi serta peningkatan semula harga minyak mentah telah menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 21.57 mata kepada 1,611.78 daripada paras 1,633.35 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.19 mata kepada 1,633.54, yang adalah paras intra hari tertingginya namun mencecah paras terendah 1,610.55 pada sesi dagangan petang.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 663 berbanding 492, manakala 508 kaunter tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 13 digantung.