KUALA LUMPUR: Pelumba Formula Satu (F1), Valtteri Bottas yang memilih cara unik untuk ke Grand Prix (GP) Singapura dengan mengayuh basikal dari Kuala Lumpur akhirnya selamat tiba di negara itu, hari ini.

Menerusi perkongsian laman Sportskeeda F1, pelumba Cadillac itu dilihat mengayuh basikal dengan jarak 40.16 kilometer (km) bermula dari Johor Bahru dan berakhir di Singapura.

"Valtteri Bottas secara rasminya sudah tiba di Singapura selepas kayuhan epiknya dari Malaysia," tulis laman terbabit di Facebook.

Sebelum ini, Valtteri Bottas mencuri perhatian apabila dikatakan mengayuh basikal menuju ke Singapura selepas Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu lalu.