PETALING JAYA: Gabungan waris mangsa menerusi Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH) mengesahkan seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang hilang susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal selamat dan telah tiba di tanah air, pagi tadi.
Jurucakapnya Manivannan Rethinam berkata, pengembara solo berbangsa Cina itu hadir sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu selepas terkandas berikutan kerosakan jalan, kemusnahan jambatan serta ketiadaan akses komunikasi.






