PETALING JAYA –  Pemandu Pasukan Formula Satu (F1) Cadillac , Valtteri Bottas mencuri perhatian orang ramai apabila memilih untuk berbasikal lebih 300 kilometer dari Sepang bagi meneruskan perjalanan ke Singapura.

Keputusan itu dilakukan pelumba berusia 37 tahun dari Finland berkenaan selepas selesai beraksi di Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam Ahad lalu.

Malah, Bottas turut berkongsi gambar dan video di media sosial pengalaman meredah laluan laluan yang gelap dan sunyi pada waktu malam termasuk merentas ladang kelapa sawit untuk tiba di lokasi yang dituju.

Perkongsiannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai seluruh negara yang teruja dengan semangat pelumba F1 berkenaan.