harisfadli@hmetro.com.my​

Shah Alam: 'Terpaksa' dan 'cari duit' adalah antara alasan popular diberikan pemandu warga asing (Pewa) apabila ditahan untuk pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Alasan itu juga diberikan oleh seorang penjual aiskrim warga asing selepas motosikal ditunggangnya disita selepas dia didapati menunggang tanpa lesen sah.

Lelaki terbabit yang menjual aiskrim sejak lima bulan lalu ditahan menerusi Ops Pewa di Jalan Menegun, di sini, semalam.​

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, sebanyak 14 motosikal disita menerusi Ops Pewa membabitkan kesalahan tiada cukai jalan, tiada insurans, dan tiada lesen memandu yang sah.​