KOTA BHARU: Kelantan dan Terengganu dikenal pasti dua negeri di mana aktiviti rakyat Malaysia menyewakan motosikal kepada warga asing, antara RM50 hingga RM200 sebulan, semakin berleluasa.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata selain motosikal biasa, pihaknya juga mengesan trend peningkatan penyewaan motosikal roda tiga kepada warga asing, khususnya di Pantai Timur.
Beliau berkata, perkembangan itu membimbangkan berikutan terdapat motosikal berkenaan digunakan untuk membawa muatan berlebihan sehingga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Kita mengenal pasti trend baharu membabitkan rakyat Malaysia menyewakan motosikal kepada warga asing dengan kadar antara RM50 hingga RM200 sebulan, bergantung jenis dan keadaan motosikal.










