HONG KONG: David Silva kembali daripada persaraan pada usia 40 tahun untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Hong Kong.
Legenda Manchester City itu menggantung but lebih tiga tahun lalu, namun kini kembali menyarung jersi untuk beraksi bersama kelab Supreme Sha Tin.
Bekas pemenang Piala Dunia itu pernah mewakili Manchester City selama 10 tahun sebelum berhijrah pada 2020, merekodkan 436 penampilan selain meledak 77 gol dan menyumbang 136 bantuan jaringan.
Perancang kreatif itu yang meraih 125 penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol itu memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala FA dan lima Piala Liga sebelum berpindah ke Real Sociedad enam tahun lalu.
Silva membuat keputusan untuk bersara selepas tiga musim beraksi di Sociedad susulan kecederaan lutut yang dialaminya.










