sukan@hmetro.com.my
Iskandar Puteri: Ketua jurulatih PKR Svay Rieng FC, Matthew McConkey optimis mampu menjinakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpulan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
McConkey berkata, aksi malam esok bakal menjanjikan perlawanan yang menarik dan sudah tentu PKR Svay Rieng akan turun habis-habisan bagi memburu kemenangan walaupun sedar ada kepayahan yang bakal ditempuh tatkala ia pertembungan dua pasukan berstatus juara iaitu juara Liga Perdana Kemboja dan Liga Super Malaysia.
"Kami tahu kekuatan JDT dan ia bakal menyaksikan perlawanan berintensiti tinggi malah aksi pada musim lalu kami hampir melakar kemenangan namun tetap berpuas hati apabila mencatat keputusan seri 2-2 malah kami melakukan rombakan dalam pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain import baharu termasuk JDT juga buat rombakan.








