Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 15 sen seliter kepada RM5.15 dan RM4.67 bagi tempoh 8 hingga 14 Okt, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi kekal pada RM5.27 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenaikan itu, didorong tekanan terhadap bekalan produk petroleum bertapis di pasaran antarabangsa, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih.

Menurut kenyataan itu, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi. Sepanjang tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 setong.