KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membawa kembali pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, GST dilihat penting bagi membantu memperkukuh ekonomi negara selain memberi manfaat kepada rakyat.

“Kalau Agenda Biru betul-betul kita menang pilihan raya, nombor satu, GST kena bawa balik.

“Ini janji kita. Perjuangan kita tidak pernah berhenti sehingga hari ini kerana saya melihat perkara ini sangat penting dan membantu rakyat,” katanya dalam BN Forum ke-12: Agenda Malaysia Biru di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini hari ini.

Ka Siong berkata, perkembangan semasa turut menunjukkan terdapat komponen dalam sistem GST yang masih digunakan dalam sistem percukaian ketika ini, termasuk e-Invois.