khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lebih 1,400 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan dan lulus saringan temu duga menerusi National Graduate Career Fair 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 3 dan 4 Oktober lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, calon yang berjaya di peringkat temu duga secara terus menerima tawaran gaji mencecah sehingga RM8,000 sepanjang dua hari karnival itu berlangsung.

"Karnival dihadiri lebih 7,200 pencari kerja ini adalah antara pendekatan kerajaan untuk memperkukuh pasaran buruh negara dengan memastikan pertumbuhan peluang pekerjaan turut disokong sistem padanan tenaga kerja yang lebih cekap, responsif dan dinamik.