PETALING JAYA: Penggantungan aktiviti Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak menjejaskan peluang gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, termasuk sekiranya ia perlu menggunakan logo Pas.
Ketua Penerangan Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, penggunaan logo dan bendera Pas tidak menjadi masalah kerana parti itu sudah lama dikenali dalam kalangan pengundi di negeri berkenaan.
“Orang Melaka kenal bendera Pas, logo Pas pun mereka kenal. Jadi kalau bendera PN tidak boleh digunakan dan Pas Pusat memutuskan untuk menggunakan bendera Pas, kita tiada masalah.
“Bendera PN masih baharu digunakan dalam pilihan raya dan hanya diperkenalkan sebanyak dua kali, berbanding logo Pas yang sudah lama dikenali masyarakat.






