nfazlina@bh.com.my

BACHOK: Pembelajaran sepanjang hayat menjadi asas penting untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam terus relevan, responsif dan berorientasikan rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata reformasi perkhidmatan awam tidak boleh bergantung pada perubahan struktur dan prosedur semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan oleh pegawai untuk terus memperkukuh ilmu, meningkatkan kompetensi dan membudayakan nilai dalam pelaksanaan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata, peningkatan jangkaan masyarakat dan kerumitan penyampaian perkhidmatan menuntut pegawai awam sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran.

Katanya, pembelajaran sepanjang hayat merangkumi pendidikan formal, tidak formal dan informal serta berlangsung secara berterusan tanpa batasan umur.