BACHOK: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyeru penjawat awam di negara ini supaya terus mempraktikkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa ditambah baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, langkah itu penting kerana sesuatu ilmu itu mungkin tidak dapat bertahan lama dengan kepesatan pembangunan teknologi masa kini.

Katanya, jika dahulu sesuatu ilmu atau bidang kepakaran mampu bertahan sehingga 20 tahun namun perkembangan pesat menyebabkan kepakaran tersebut bertahan sekitar lima hingga enam tahun sahaja.

​”Dalam konteks perkhidmatan awam, elemen pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan keutamaan. Inilah antara perkara yang perlu kita tambah baik dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan.