SINGAPURA: Kerajaan merujuk lapan penjawat awam kepada polis untuk siasatan lanjut selepas satu kajian mendakwa sebahagian pegawai menggunakan maklumat sulit berkaitan perancangan pembangunan untuk membeli hartanah.

Menteri Penyelaras Perkhidmatan Awam, Chan Chun Sing, berkata tindakan merujuk kes itu kepada polis tidak bermakna mereka sudah terbukti melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai maklumat mencukupi untuk menutup kes berkenaan tanpa siasatan lanjut.

Katanya, kerajaan sebelum ini meneliti urus niaga hartanah membabitkan 191 penjawat awam antara 2007 hingga 2014 selepas kajian yang diterbitkan Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan (NBER) di Amerika Syarikat (AS).