KUALA LUMPUR: Kadar ketersisihan daripada aspek pelbagai dimensi di luar bandar lebih tinggi berbanding di bandar, namun ada penambahbaikan pada 2022.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata ini berdasarkan nilai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi peringkat nasional, mengikut Laporan Kemiskinan Pelbagai Dimensi Malaysia 2024.
Beliau berkata, bagi nilai Kemiskinan Pelbagai Dimensi mengikut negeri, Sarawak dan Sabah lebih tinggi berbanding peringkat nasional.
"Dua indikator dalam dimensi kesihatan, iaitu akses kepada bekalan air bersih dan akses kepada perkhidmatan kesihatan, menyumbang 74.84 peratus daripada Kemiskinan Pelbagai Dimensi nasional pada 2024, masing-masing 40.65 peratus dan 34.19 peratus.






