KUALA LUMPUR: Sebahagian besar golongan profesional Malaysia yang bekerja di Singapura menerima pendapatan antara 4,001 hingga 7,000 dolar Singapura (RM12,768 – RM22,344) berdasarkan kajian Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Berbanding kumpulan profesional sama, mereka menerima gaji bulanan RM6,124 di negara ini berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, faktor gaji lebih tinggi dan pendapatan lebih baik berupaya menarik minat golongan berkenaan untuk bekerja di Singapura.
“Kajian oleh Talent Corp pada 2024 mendapati 94.5 peratus responden menyatakan gaji yang lebih tinggi dan potensi pendapatan yang lebih baik sebagai faktor utama yang menarik mereka untuk bekerja di Singapura.










