MOSCOW: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), memutuskan bahawa bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, layak untuk dibicarakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pada 8 Oktober 2026, Kamar Perbicaraan III Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan keputusannya bertarikh 28 September 2026 yang memutuskan bahawa Duterte layak untuk dibicarakan," menurut kenyataan itu.
Perbicaraan dijadual bermula pada 30 November 2026.
Duterte, 81, dituduh melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh atas dakwaan pembabitannya dalam puluhan pembunuhan sebagai sebahagian daripada kempen dikenali sebagai 'perang terhadap dadah' ketika memegang jawatan, pada mulanya sebagai Datuk Bandar sebuah bandar di selatan Filipina dan kemudian sebagai Presiden.






