Cabaran berikutnya bukan lagi sekadar menampung tekanan jangka pendek rakyat tetapi membina daya tahan isi rumah untuk menghadapi ekonomi semakin kompleks

kamarulzaidi@nstp.com.my

Detik dinanti terjawab dan Belanjawan 2027 sudah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.

Belanjawan ini dijelmakan ketika Malaysia berada pada satu persimpangan penting selepas beberapa tahun kerajaan menumpukan rasionalisasi subsidi, pengukuhan hasil dan disiplin fiskal.

Cabaran berikutnya bukan lagi sekadar menampung tekanan jangka pendek rakyat tetapi membina daya tahan isi rumah untuk menghadapi ekonomi semakin kompleks.