KUALA LUMPUR: Sembilan belas kes membabitkan 12 ahli politik diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara antara 2010 hingga Julai lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jumlah itu berdasarkan input diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan terhadap rekod kes jenayah di mahkamah.
Namun, katanya, butiran atau maklumat lanjut berhubung kes tertentu boleh dirujuk secara terus kepada Jabatan Peguam Negara selaku pihak mempunyai rekod dan maklumat berkaitan pendakwaan kes berkenaan.
"Bagi penjelasan, DNAA tidak terjumlah kepada suatu pembebasan daripada pertuduhan.








