PASIR SALAK: Penduduk Kampung Atta Duri, Langkap di sini menyifatkan laluan utama dari kampung itu ke Teluk Intan sebagai ‘laluan maut’ kerana kerap berlaku kemalangan.

Lokasi itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei 2025 yang mengorbankan sembilan anggota itu gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

Dalam kejadian terbaharu, dua penduduk Kampung Atta Duri masing-masing berusia 18 dan 63 tahun maut, apabila motosikal mereka bertembung di lokasi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Atta Duri, Abdul Halim Md Jelani berkata, lokasi kerap kemalangan itu tidak dipasang lampu dan sangat gelap pada waktu malam.