SAYA ingin menarik perhatian berkenaan kebanjiran puak Rohingya di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.
Pada awalnya, hanya satu keluarga, ibu bapa dan dua anak menyewa tetapi kemudian makin bertambah ramai.
Kini didapati sebanyak dua atau tiga keluarga menyewa di sana. Mereka turut menyewa sebuah rumah lain.
Bukan itu sahaja, mereka juga menukar rumah kediaman kepada kedai runcit.
Jumlah mereka makin bertambah dari hari ke hari. Mereka tidak dibenarkan bekerja di negara ini kerana status sebagai pelarian. Jadi, persoalannya, dari mana datangnya sumber kewangan yang begitu besar sehingga mampu menyewa dua buah rumah, termasuk sebuah rumah sudut, malah membuka kedai runcit?






