TANJONG KARANG: Luluh hati seorang bapa apabila anak sulung bersama dua cucu maut dalam nahas membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Bukit Talang, Jalan Raja Musa, di sini, semalam.
Mat Talpi Salamat, 72, berkata dia bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada anak kelimanya, Norhaslinda, 34, yang memaklumkan anak sulungnya, Norawalysa, 44, terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Lebih memilukan, peniaga kedai runcit itu menyaksikan sendiri dua cucunya, Auni Syazana Suhaimi, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz Suhaimi, lapan tahun, terbaring di lokasi kejadian, manakala Norawalysa tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan anggota bomba.
Seorang lagi cucunya, Ahmad Syah Fitri, 10, yang turut berada dalam kenderaan itu, mengalami kecederaan di kepala.






