LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kejayaan yang diraih sebelum ini hanya satu permulaan selepas menandatangani kontrak baharu selama empat tahun untuk terus kekal di Stadium Emirates
Difahamkan, pengendali dari Sepanyol itu menandatangani kontrak lumayan di mana beliau akan menerima £20 juta (RM107.95 juta) setahun dan menjadi pengurus yang menerima gaji termahal di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arteta berkata, beliau gembira kerana terus diberikan kepercayaan mengendalikan pasukan itu selain sedia untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada Arsenal sepanjang bersama pasukan tersebut.
“Ini merupakan satu penghormatan untuk terus kekal bersama pasukan dan bekerjasama dengan orang-orang hebat di Arsenal. Bagi saya, kelab ini unik dan memang tidak sabar untuk terus bersama mereka.






