KUALA LUMPUR: Gaji kira-kira RM3,100 bagi individu bujang di Kuala Lumpur wajar dilihat sebagai 'lantai kewangan' untuk menjalani kehidupan secara munasabah.
Bagaimanapun, angka berkenaan bukan jaminan seseorang itu sudah berada pada tahap kewangan yang selesa.
Pensyarah Perancangan Kewangan Peribadi, Universiti Putra Malaysia (UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata angka itu sesuai dijadikan penanda aras bagi menilai kemampuan seseorang memenuhi keperluan asas, selain mempunyai sedikit ruang untuk simpanan dan menghadapi kecemasan.
Beliau yang juga Dekan Fakulti Ekologi Manusia berkata, kecukupan pendapatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kemampuan membayar makan, sewa rumah dan pengangkutan semata-mata.









