GEORGE TOWN – Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendesak waris 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal, 26 Ogos lalu supaya menerima hakikat insan tersayang sudah tiada.

Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling), Pusat Pe­ngajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah berkata, keadaan yang dilalui waris itu dikenali sebagai ambiguous loss atau kehilangan tanpa kepastian, situasi apabila seseorang tidak me­ngetahui sama ada insan tersayang masih hidup atau tidak.

Katanya, keadaan itu amat sukar kerana waris berada dalam konflik emosi apabila pada satu ketika masih mengharapkan kepulangan mereka, namun pada masa sama berdepan kemungkinan kehilangan.