PETALING JAYA – Pihak bertanggungjawab digesa segera mengambil tindakan membaiki keadaan jalan dari arah Terminal Bersepadu Selatan menghala ke Cheras yang didakwa mengalami kerosakan teruk sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata, selain terdapat rekahan panjang pada permukaan tar serta bahagian penyambung jalan yang kelihatan terdedah, menimbulkan kebimbangan pengguna terhadap risiko kemalangan sekiranya tidak dibaiki segera.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai @Faresya_ivana mendakwa keadaan jalan tersebut semakin membimbangkan apabila terdapat lubang yang dalam sehingga menyebabkan tayar keretanya pernah terjerlus ketika melalui laluan berkenaan.