Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata Laporan Ketua Audit Negara mengemukakan banyak contoh ketirisan, 'tetapi ia senyap selepas itu'.

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa sistem rasmi diwujudkan bagi memastikan siasatan dan tindakan diambil terhadap pembaziran serta ketirisan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Pengerusi PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, berkata prosedur standard perlu diwujudkan selepas ketua audit negara mengeluarkan laporannya yang "mengemukakan banyak contoh ketirisan, termasuk perolehan barangan pada harga tiga hingga lima kali ganda lebih tinggi".

"Semua ini dilaporkan dalam berita, namun ia senyap selepas itu," katanya dalam sidang media berhubung cadangan PSM bagi Belanjawan 2027.