Berbekalkan pengalaman hampir tujuh tahun dalam industri makanan dan minuman antarabangsa, Adline Hanah Abdul Aziz, 26, nekad mempertaruhkan kemahiran dimiliki untuk membangunkan jenama kopi dan matcha premium keluaran bumiputera.

Adline bersama suaminya, Muhammad Ainul Yaqin, 25, membina jenama QYN Beverage (QYN Bev) bukan hanya untuk menjana pendapatan, sebaliknya lahir daripada hasrat menyediakan pilihan minuman halal dan toyyiban kepada pengguna.

Berbekalkan pengalaman luas sebagai barista, pasangan itu menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dikumpul selama bertahun-tahun untuk menghasilkan sendiri pelbagai resipi kopi dan matcha.

Adline berkata, perjalanan mereka sebagai usahawan tidak semudah yang disangka apabila terpaksa melalui pelbagai jatuh bangun sebelum QYN Bev mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.