KATHMANDU: Nepal memutuskan untuk menghentikan fasa mencari dan menyelamat susulan banjir dahsyat di sungai Bhotekoshi dan Trishuli pada 26 Ogos lalu, selepas harapan menemui mangsa hilang semakin tipis 40 hari selepas bencana itu, kata Sekretariat Perdana Menteri pada Isnin, lapor Xinhua.
Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana yang dipengerusikan Perdana Menteri, Balendra Shah, pada Isnin mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan usaha pembinaan semula dan pemulihan, sambil meneruskan operasi mencari yang penting saja.






